Wassup guys.. hmm.. 2-3 hari nih aku betul2 dalam dilemma.. sakit kepala memikirkan keputusan yang harus aku buat dalam masa terdekat.. tapi keputusan yang harus aku buat amat sukar rasanya.. hati berbelah-bagi, perasaan bercampur-baur dam mencari sesuatu yang pasti.. macam mana nak buat keputusan ni????
Ceritanya mcm nih… kalo korang nak tau, aku dah kerja dekat 2 bulan.. bulan 9 nih dah masuk bulan ketiga.. dalam tempoh aku berkerja nih aku dengan suka hatinya ‘meminjam’ atau menggunakan kereta akak aku iaitu Proton Wira Aeroback.. itu pun pasal abg ipar aku sanggup bawak motor aku (tenggiling) pegi kerja.. so, akak aku akan bawak lah kereta abg ipar aku untuk kegunaan harian dia, pergi pasar ker.. pergi kelas ker dan sebagainya..
Akhirnya timbul keinginan untuk membeli kenderaan sendiri.. yerla.. sampai bila aku nak pakai kereta akak aku kan.. diorang pun nak guna gak.. so, aku pun survey lah beberapa jenis kenderaan yang terlintas di hati untuk dimiliki buat masa ini..
Korang tau kan yang aku nih secara fizikalnya ‘sangat kurusss’… so, kenalah pilih kenderaan yang betul2 sesuai dengan saiz aku nih.. bukan apa.. kalo aku bawak Wira akak aku tuh, asal bonggol jer mesti cecah, asal bonggol jer cecah.. maklumlah ringan sangat kan..
So, dilemanya aderlah antara keinginan dan kemampuan yang mungkin boleh menyebabkan aku kempunan… kalo ikutkan keiginan mmg nak pakai kereta2 4WD ker SUV ker… tapi kemampuan plak tiada.. ader kereta yang macam mampu, tapi tak brapa nak muat plak.. hmm.. ader tuh plak yang muat2 jer… so??? Mcm mana nih… mmg lah ader kereta yang aku boleh lah bayar mengikut kemampuan gaji bulanan aku (itupun setelah ditolak downpayment yang dibayar oleh “Boss” aku, kalo tak takder maknanya)…. tapi, aku akan berjimat+sengsara gila… benda2 lain kena cut… takleh nak pegi Gym (kononnya nak kuruskan badan), takleh nak pegi London Weight Management (juga untuk kuruskan badan) dan macam2 lagik.. waaaa… macam mana nih????
setakat nih, aku dah finalize kan kenderaan2 yang mungkin akan jadi milik aku tak lama lagik… persoalannya, yang mana satu??? huhuhu…
“Toyota Rush” - kalo aku nak pakai kereta nih aku kena bayar dekat RM800 sebulan.. smart mmg lah smart.. tapi sure ikat perut sebab kena cut byk benda
“Nautica” - lagi mahal dari Rush tapi selesa gila naik kereta nih.. ruang pemandu dia lagi besar dari Rush
“Persona” - hmm.. yang nih mmg takder masalah dari segi nak bayar bulan2.. tapi, tak selesa la.. sempit gak la kat bahagian pemandu… huhuhu.. tapi yg nih mampu..
“MYvi” - yang nih llagi lah aku mampu… maybe korang ingat aku tak muat kan?? tapi aku rasa kereta nih dalam dia lagi selesa dari persona… lalu kat bonggol tak cecah beb.. impress sekejap.. tapi, Ayah aku tak berapa berkenan plak.. hmm… ntahla..
itulah dilema aku sekarang nih…. pening kepala aku pikir.. tolong!!!!
chow dulus..





















